terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah melayari blog saya

Ahad, 10 Julai 2011

ANCAMAN VIRUS

Penjagaan Ancaman Virus
Terdapat pelbagai perisian untuk menolong manusia menjalankan
komputer dengan efisyen dan memudahkan kerja seharian. Perisian ini
boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Satu masa dahulu perisian boleh
didapati dalam bentuk cakera liut. Tetapi dengan kemajuan dalam bidang
teknologi CD, kebanyakan perisian sekarang terdapat dalam bentuk CD.
Setiap perisian yang dibeli akan dibekalkan dengan lesen
penggunaannya, yang sah untuk penggunaan satu komputer atau lesen
untuk networking. Tetapi di dalam pasaran sekarang terdapat banyak
perisian cetak rompak dan harganya adalah murah. Tetapi awas,
penggunaan perisian cetak rompak ini adalah salah dari sisi undangundang
Hak Cipta Terpelihara di Malaysia.
Perisian yang dipunyai perlu dijaga dengan baik supaya tidak rosak atau
corrupted.
Satu cara perisian atau data boleh dicorrupted adalah kerana Virus.
Virus komputer adalah program komputer . Virus komputer tidak timbul
secara ajaib tetapi ia bangunkan oleh seseorang dengan maksud tertentu.
Virus komputer berupaya merebak dan menjangkiti program lain pada
sistem komputer . Biasanya ia tersembunyi.
BOMB merupakan program komputer yang tidak merebak tetapi
menghasilkan “letupan”. Ia tidak dapat diramalkan bila BOMB akan
meletup.
BOMB masa meletup pada sesuatu masa tertentu. Contohnya Friday the
13th. meletup pada hari Jumaat 13 Mei 1988. Bagaiamana dengan BOMB
CIH ?
BOMB logik akan meletup apabila sesuatu syarat dipenuhi. Contohnya
sesuatu program ini digunakan untuk bilangan kali yang tertentu, terutama
program Games. Bila digunakan sebanyak 10 kali, BOMB akan meletup
dan program akan rosak.
CACING adalah program dengki yang boleh menjangkiti dan merebak
dalam memori atau dalam cakera sehingga tidak ada memori penuh atau
tidak ada ruang kosong dalam cakera. Ia tidak boleh meletup.
VIRUS adalah program , skrip atau makro yang lebih merbahaya kerana
ia boleh meletup, merebak dan juga membiak.
Virus ditulis oleh orang yang mahir dalam pengaturcaraan komputer.
Tujuannya adalah untuk sabotaj, penyelidikan, jenaka ayau perniagaan.
Virus boleh memasuki sistem komputer dengan dua cara iaitu melalui
salinan program atau fail dari cakera dan melalui proses replica virus itu
sendiri.
Komputer yang boleh akses ke Internet sangat terdedah kepada jangkitan
virus melaui " downloading " atau e-mel.Ia banyak menyerang fail .EXE
dan .COM. Ini menyebabkan pembesaran saiz fail dan seterusnya
mengubahsuai fail tersebut. Terdapat juga virus yang menyerang fail
dokumen seperti Virus Winword Concept.
Virus komputer juga boleh merebak melalui sektor but ( boot sector )
cakera. Apabila virus menyerang sektor but ia dapat mengawal komputer
setelah komputer diaktifkan.
1- 35
Contoh-contoh Virus
Creeper – virus yang pertama dicipta pada tahun 1970
Christmas Virus – dicipta pada Mar 1990. Memaparkan pokok Krismas
pada 24 Disember hingga 1 Januari setiap tahun
Brain – wujud sejak 1986. Rosak sektor but dan FAT dan menukar label
cakera
Dark Avenger – dari Bulgaria pada tahun 1989. Menyerang fail .com ,
.exe dan .ovl
Den Zuk dikesan di Indonesia pada 1988.
Ping Pong – dicipta pada Mac 1988. Paparan skrin menunjukkan gambar
bola melantun.
Stoned – dicipta pada Februari 1988.
Michael Angelo – meletup pada Mac 1992
Tanda-tanda dijangkiti Virus.
Tugas-tugas operasi cakera kelihatan sukar dijalankan.
ERROR message dipaparkan.
Ingatan RAM yang bebas berkurangan.
Program atau fail atau data hilang tanpa sebab.
Perubahan pada saiz fail terutama fail dengan sambungan .exe dan
.com
Terdapat fail-fail tersembunyi.
Merosakkan File Allocation Table dan sektor but. FAT yang rosak akan
menyebabkan fail dalam cakera tidak dapat dikesan dan sektor but yang
rosak tidak dapat memulakan sistem komputer.
Meroskkan fail dengan mengubah kod dan kandungan fail menyebabkan
fail rosak dan tidak dapat digunakan.
Melambat dan akhirnya mematikan perjalan sistem dengan membiak
dan mengisikan diri sendiri dalam ingatan komputer.
Mengubah label cakera.
Mencipta sektor yang tidak baik pada cakera (bad sector) menyebabkan
data hilang atau tidak dapat dicapai.
Menunjukkan paparan skrin yang tidak benar.
Cara-cara mengatasi Virus.
Kaedah Pencegahan
o Guna kunci liut ( password )supaya orang-orang tertentu sahaja
boleh menggunakan komputer itu.
o Selalu mengesan virus dengan menggunakan program pengesan
virus seperti MacFee Scan, PcCillin, TAVS dan lain-lain.
o Selalu tutup tab lindungi tulis ( Write-protect tab ) pada cakera liut.
o Jangan menyimpan data-data dalam cakera keras kerana sukar
untuk melindungi tulis pada cakera itu.
o Selalu buat cakera bantu ( backup ) supaya ada salinan sekiranya
cakera asal rosak.
o Jangan berkongsi diskette. Kemungkinan ia dijangkiti virus.
1- 36
Kaedah Pertahanan
o Masukkan perisian anti virus jenis TSR (bearada dalam memori )
seperti ARMOUR, DR SOLOMON dan sebagainya. Dengan cara ini,
virus akan dapat dikesan secara automatik setiap kali cakera diakses.
Kaedah Pemulihan
o Tutup suis komputer anda sekurang-kurangnya 5 minit, kemudian but
semula dengan menggunakan diskette yang bersih dan writeprotected.
o Dalam setengah-tengah kes, menutup suis komputer akan
menghilangkan ingatan komputer. Dengan but panas (Ctrl + Alt + Del)
selalunya tidak akan menghilangkan virus dari ingatan . Sesetengah
virus menggunakan but panas ini sebagai cara untuk merebak atau
melakukan aksi lain.
o Laksanakan perisian antivirus yang terbaru untuk mengesan dan
mengenalpasti fail yang terjangkit.
o Adalah lebih baik jika mempunyai disket sistem yang bersih dengan
perisian anti virus yang sedia ada di dalamnya.
o Selepas menghapuskan dan membersihkan virus yang dijangkiti, Shut
Down komputer.
o Hidupkan komputer semula dan laksanakan perisian anti virus untuk
memastikan ianya bersih dari virus.
o Kebanyakan virus komputer tidak berbahaya dan mungkin berada
dalam sistem komputer tanpa dikesan tetapi ada setengah virus
komputer yang boleh merosakkan fail data atau memusnahkan fail
dan juga cakera.

Isnin, 20 Jun 2011

Begitu lekasnya masa berlalri

Seperti bunga yang terpaksa gugur
kemudian terbaring disudut kenang atau dilupakan?
tahun 2010 meneggelam matahari saban senja di ufuk barat
tanpa ada orang yang mampu menoleh lagi
dalam jaringan perpisahan yang menggenggam bunga abadi
menjadi hari-hari telah lalu
di dinding sana sempat terlukis kelabu-merdu kehidupan

Begitu lekasnya masa berlari secara merauk
hati dikuasai sangat sangat kecewa pada langit kelabu
yang bakal meruntuh hujan
percaya tidak, hari ini sudah muncul musim baru
yang tak lupa bentangkan padang perjuangan
yang belum menyentuh tembok
bagi mewujudkan martabat diri
hidup lebih manis & meriah di ujung langkah sunyi
dihias hirisan-hirisan cahaya yang wangi


MOHD ADID AB RAHMAN
SMK SELANDAR,MELAKA

Ahad, 19 Jun 2011


Keberkesanan Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Me-nengah Bestari
Kemajuan teknologi maklumat pada hari ini telah memberi banyak kebaikan
terutama dalam bidang pendidikan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji
keberkesanan teknologi maklumat dalam pencapaian pengajaran dan pembelajaran
sekolah menengah bestari. Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan empat
dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggung Ibrahim,
Batu Pahat, yang sedang mengambil aliran Sains Teknikal. Aspek kajian ini
meliputi tahap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran,
keberkesanan penggunaan teknologi maklumat, persepsi pelajar terhadap
penggunaan teknologi maklumat, masalah yang dihadapi dalam penggunaan
teknologi maklumat dan pandangan pelajar terhadap kemudahan teknologi
maklumat. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik yang telah
dijalankan terhadap 52 orang responden yang dipilih secara rawak. Kajian mendapati
bahawa terdapat penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, dan penggunaannya berlaku secara sederhana dari segi
kekerapan penggunaan, penggunaan dalam setiap mata pelajaran dan penggunaan
peralatan teknologi seperti perakam video, slaid projector, radio atau kaset
audio. Tahap keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah berkesan berdasarkan kepada keupayaannya dalam
meningkatkan kefahaman, pencapaian ,kreativiti pelajar dan minat pelajar terhadap
bidang teknologi maklumat, kecuali bagi penggunaan audio dan animasi
yang mudah melencong tumpuan pelajar. Persepsi pelajar didapati menyokong
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah
adalah melibatkan kerosakan peralatan dan talian internet. Manakala kemudahan
prasarana adalah mencukupi dan guru-guru adalah pakar dan terlatih
dalam pengendalian teknologi maklumat.