terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah melayari blog saya

Ahad, 19 Jun 2011


Keberkesanan Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Me-nengah Bestari
Kemajuan teknologi maklumat pada hari ini telah memberi banyak kebaikan
terutama dalam bidang pendidikan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji
keberkesanan teknologi maklumat dalam pencapaian pengajaran dan pembelajaran
sekolah menengah bestari. Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan empat
dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggung Ibrahim,
Batu Pahat, yang sedang mengambil aliran Sains Teknikal. Aspek kajian ini
meliputi tahap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran,
keberkesanan penggunaan teknologi maklumat, persepsi pelajar terhadap
penggunaan teknologi maklumat, masalah yang dihadapi dalam penggunaan
teknologi maklumat dan pandangan pelajar terhadap kemudahan teknologi
maklumat. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik yang telah
dijalankan terhadap 52 orang responden yang dipilih secara rawak. Kajian mendapati
bahawa terdapat penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, dan penggunaannya berlaku secara sederhana dari segi
kekerapan penggunaan, penggunaan dalam setiap mata pelajaran dan penggunaan
peralatan teknologi seperti perakam video, slaid projector, radio atau kaset
audio. Tahap keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah berkesan berdasarkan kepada keupayaannya dalam
meningkatkan kefahaman, pencapaian ,kreativiti pelajar dan minat pelajar terhadap
bidang teknologi maklumat, kecuali bagi penggunaan audio dan animasi
yang mudah melencong tumpuan pelajar. Persepsi pelajar didapati menyokong
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah
adalah melibatkan kerosakan peralatan dan talian internet. Manakala kemudahan
prasarana adalah mencukupi dan guru-guru adalah pakar dan terlatih
dalam pengendalian teknologi maklumat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan